Filled Under:

" Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ " Rupanya ini sebab pelakon hebat Noorkhiriah menarik diri daripada dunia lakonan !! Memang tak sangka !



Semalam, pelakon hebat Noorkhiriah membuat pengumuman untuk menarik diri daripada bidang dunia seni lakonan.
Ini memang satu berita yang mengejutkan ramai kerana bakat Khairiah memang amat mantap dan lakonannya sering mendapat pujian.
Ini komen dari Noorkhairiah:

Sabar Ada Hadnya
“Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja”

Suam Suam Kuku
“Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka”

Dianggap macam Sampah
“Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah,”
Tambahnya, perkara tersebut bukanlah berlaku kali pertama malah dia sendiri sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam industri seni.

sumber : http://jusorenpower.blogspot.co.id/