Filled Under:

Ditinggalkan kekasih tanpa belas kasihan hanya gara-gara dia gemuk ! Dan pertemuan dia dengan seorang lelaki yang menerima dia seadanya buat dia nekad untuk kurus !! Memang menyesal la siapa yang tinggalkan dia tu !!

Ditinggalkan kekasih tanpa belas kasihan hanya gara-gara dia gemuk ! Dan pertemuan dia dengan seorang lelaki yang menerima dia seadanya buat dia nekad untuk kurus !! Memang menyesal la siapa yang tinggalkan dia tu !!




Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan . Aku dikhianati oleh seorang lelaki bernama Mamat (bukan nama sebenar). Mamat meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. Aku cuma sedar apabila dia membawa seorang perempuan lain untuk berjumpa mak dia .
Bermula dari hari itu aku menghantar mesej dan menelefon dia tapi dia tak pernah nak jawab mesej ataupun panggilan telefon aku. Aku hampir separuh gila diperlakukan sedemikian . Di saat aku Gemuk dan berat pun mencecah 90kg, seorang lagi insan bernama Rafi menerima aku serta menyayangi aku dan memberikan sepenuh perhatian kepada aku .
Dia sangat-sangat menghargai aku . Tak pernah sekali pun dia merungut mahupun menyuruh aku cuba diet atau kuruskan badan sewaktu dengannya. Aku rasa bahagia di samping dia walaupun kadang-kadang pendapat kami selalu tak sehaluan dan selalu gaduh-gaduh manja gitu!!! hahaha.
Aku cuma nak cakap terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram , sebab berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenis dia meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus semata-mata hanya kerana pada waktu itu aku GEMUK "terlalu gemuk rasanya" .
Maklumlah dia kenal aku pun masa kurus tapi sampai GEMUK aku ditinggalkan . Dari berat aku 90kg sampai sekarang 58kg , dari t-shirt size XXL sampai S , dari baju kurung size 46 sampai 36 , dari seluar size 38 sampai 30 yang berada di samping aku cuma Mohd Rafi .


Mamat pernah cuba nak berbaik semula dengan aku balik bila dia tengok aku kurus . Ya aku pernah layan Mamat tapi untuk apa ? Untuk buat mamat rasa apa yang aku rasa .
Dan aku berjaya buat dia betul-betul sakit hati. Padan muka mamat!!! To my dear MatRafi , Iloveyou so much ihiks. Aku jadi macam sekarang di atas kehendak aku sendiri dan hanya disokong oleh Matrafi itu pun yang pada mulanya jadi penghalang no 1.

sumber :