Filled Under:

Ibu Bapa tolong beri perhatian ! Menindik telinga bayi boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan !!



KUALA LUMPUR - Semakin ramai ibu bapa yang ghairah menindik telinga bayi perempuan mereka sehingga ia menjadi satu trend pada masa ini, lapor Bernama.
Namun, di sebalik kesannya jika luka tindikan itu tidak dijaga dengan baik, boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan.
Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad berkata, jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan itu boleh menyebabkan jangkitan kuman tetanus.
"Prosedur menindik telinga seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih agar tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga.
"Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin diphtheria-tetanus-pertussis (DTap) yang melindunginya daripada kuman tetanus," katanya.
Jelasnya lagi, bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa. Justeru, beliau mengesyorkan ibu bapa yang manhu menindik telinga bayi menunggu sehingga anak mereka berusia enam bulan ke atas.



"Menindik sebaiknya dilakukan di klini kerana doktor menggunakan jarum pakai buang yang telah disteril. Dokot juga akan membius cuping telinga sebelum menindiknya.
"Selain itu, pastikan anting-anting untuk bayi diperbuat dari bahan yang berkualiti dan tidak akan menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium.
"Anting-anting yang diperbuat daripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga," katanya.
Ibu bapa dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap luka tindakan dalam masa enam minggu pertama dengan membasuh bahagian ditindik itu dengan menggunakan air bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman dan alahan. - BERNAMA