Filled Under:
Isteriku Seorang Jururawat , Kerja Shif ! Aku Syak Dia Berz1na Dengan Rakan Sekerjanya !!!
Posted By:
aku hot
on 12:30:00
Jujur dan amanah antara faktor kebahagiaan rumahtangga. Malah kunci ini juga berguna sekiranya kita bawa kemana sahaja di dalam hidup kita. Jujur dan amanah dengan tugas yang dipikul antaranya.
Tidak dapat dipastikan di mana atau bagaimana kisah gelap misi Nurul bermula, samada ianya bermula dengan ‘sembang cinta terlarang’ di akaun facebook atau pun cair dengan ayat-ayat madah teman sepejabat.
Mungkin kerana ruang kebebasan terbentang luas atas nama waktu kerja yang berjadual seorang jururawat atau sengaja ingin mencuba pucuk muda yang lebih ganteng dari suami sendiri atau sememangnya nafsu seks yang ada kaitan dengan genetik?@@
Menurut orang kampung Nurul, ibunya sendiri 7 kali menjanda.
Suami percaya penuh kepada Nurul. Tidak pernah curiga dengan jadual tugas yang diberi. Siang dan malam pertukaran syif pun si suami percaya bulat-bulat. Tambahan waktu kerja juga si suami tidak pernah bertanya kepada Nurul. Bagi suami, isterinya antara pekerja di tempat yang memerlukan pengorbanan masa bersama keluarga. Hospital !!.
Bagaikan disambar petir tengkujuh, hati suami mana tidak hancur apabila isteri kepada seorang petugas hospital tempat yang sama misi Nurul bertugas datang mengadu dan tunjukkan bukti bahawa antara keduanya ada ‘putik cinta’. Paling mengaibkan ada bukti dialog seks lucah berahi antara misi Nurul dan suami orang yang sepejabat dengannya, Malek!!
Terdetik di hati suami misi Nurul ketika itu, apakah ini ujian fitnah terhadap keluarganya atau apa?
Suami tertanya, di manakah mereka melampias nafsu atau sekadar seronok sembang lucah di telefon masing-masing? Tidak mungkin Nurul berani gunakan hotel di pekan yang kecil tersebut malah jauh sekali berani gunakan hotel ‘negeri hudud’.
Segala pertanyaan yang bersarang di kepala si suami sebenarnya proses pertama ke arah kehancuran rumahtangga. Bukannya diminta telan bulat-bulat kata adu dari orang lain tetapi sikap ‘terlalu positif’ bakal memakan diri. Sedar tak sedar, misi Nurul sudah jauh berselimut dengan dosa bersama suami orang.
Suami misi Nurul juga amat naif, ditipu hidup-hidup apabila dengan mudah misi Nurul menyangkal tuduhan tersebut dengan seribu kalimat cinta kononnya tidak berbelah bahagi.
Keruh rumahtangga hanya sekejap bila bisikan manja memujuk dan pertahankan diri misi Nurul berjaya longlaikan suaminya. Rumahtangga mereka tenang seketika namun jauh disebalik itu hakikatnya misi Nurul sedikit pun tidak merasa takut untuk teruskan permintaan nafsunya yang sudah tidak mampu disejukkan lagi.
Menurut sumber dalaman hospital tersebut, suami orang yang sempat menjamah misi Nurul dikatakan sudah berpindah ke tempat lain dan dikawal rapi oleh isterinya. Terputus hubungan antara misi Nurul dan Malek bukan bermaksud terputusnya nafsu iblis yang masih bersarang di tubuh misi Nurul.
Tambah sumber, suami misi Nurul masih memberi ruang kepada Nurul untuk memperbaiki diri dan kembali kepada hidup berkeluarga yang diredhai Allah swt. Siapa boleh menjangkakan apa yang bakal berlaku sesaat kemudian? Belum surut nafsu berahi terhadap Malek, misi Nurul mula memburu lagi. Kali ini Bos beliau sendiri?
Jelas sumber, bisik-bisik di kaunter pesakit dan di dalam whatsApp group mula menjurus seribu persoalan, kenapa Bos misi Nurul tidak kenakan apa-apa tindakan disiplin terhadap mana-mana pekerja yang didapati mencemarkan nama institusi tempat mereka mencari rezeki halal?
Atau mungkin kenyataan dari pihak yang terlibat tidak cukup untuk dijadikan bukti betapa wujudnya perlakuan sumbang antara kedua staf?
Apakah Bos Nurul menunggu gambar sebagai bukti dalam kisah asmara curang ini? Atau mungkin ada rakaman cctv yang telah dipadamkan atau menjadikannya sebagai alat mengugut misi Nurul untuk tampung lampias nafsu sendiri?
Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui kenapa Bos Zana tidak bertindak sehingga ke saat ini.