Filled Under:

23 FOTO: 'Jangan Buat Tak Tahu Kalau Anak Jatuh !' - Wanita Ini Kongsi Cerita Malapetaka Yg Menimpa Anaknya


Dunia gelap seketika di saat anak sendiri ditimpa musibah sebegini rupa. Pengajarannya di sini, kalau anak jatuh, janganlah kita buat tak tahu. Kalau dibiarkan begitu sahaja, tak tahu apa yang akan jadi. Semoga Daniel cepat sembuh sedia kala. Tindakan awal dari ibubapa boleh menyelamatkan nyawa anak. 

Jadi, jalan ceritanya bermula dari Jumaat 8 April 2016, jam lebih kurang 6.45 - 7 petang. Daniel jatuh dari sofa, pada masa itu saya sedang bertugas syif petang. 


Keadaan Danny pada masa itu okay saja. Cuma menangis selepas terjatuh. Kemudian, dapat panggilan dari suami yang menyatakan sekian-sekian hal. Jadi, saya suruh di bawa pergi ke Prince Court Medical Centre (PCMC). Sebelum itu, Danny ada muntah sekali but not projectile. 


Bila sampai saja di PCMC, right side  dia bengkak. Nampak tak? Jumpa doktor dan diarah buat CT Scan. 


Ini film CT Scan. Kalau perasan, gambar baris yang ketiga nampak ada tompokan putih sebelah kiri (otak kanan) itulah pendarahannya. 8cm of hemotoma. Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika ini. 


Viral sign stable. Result CT Scan keluar, terus proceed untuk buat emergency operation. Seperti mana yang semua tahu, bil di PCMC bukanlah murah. Harga kos rawatan yang dijangkakan RM$$K tetapi itu tidak menjadi masalah. Yang penting keselamatan Daniel. 

Nak dijadikan cerita, doktor yang nak buat operation itu pula sedang ada operation yang lain. Jadi, terus kami dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). 


Kenapa HKL? HKL adalah salah satu hospital yang mempunyai the best neuro surgeon peads seperti yang disarankan oleh rakan-rakan dan doktor. Terima kasih ya!

Jadi, Danny terus dihantar dengan ambulans ke bahagian kecemasan HKL, Red ZOne. 


Danny perlu pakai soft collar supaya tidak terlalu banyak membuat pergerakan. Dalam beberapa jam, doktor datang beritahu kondisi dan perlu menjalani pembedahan dengan segera. Mengigil tangan nak sign, biasa jadi saksi saja.

Dalam sekelip mata saja semua ini berlaku. Tiba-tiba anak saya perlu dibedah, major operation. Buka tempurung kepala untuk keluarkan darah beku. Siapa sangka?


Dalam perjalanan ke dewan bedah, Danny relaks sahaja tengok saya menangis-nangis. Allah saja yang tahu perasaan pada ketika itu. Memang separuh mati. Tak serupa orang dah ketika itu. Allah menguji saya lagi ketika Danny masuk bilik bedah. 

Di depan Dewan Bedah Neuro, saya ulang alik tak tentu arah. Menunggu Danny keluar amat peritnya rasa dan sakit. Setelah beberapa jam menunggu, seorang demi seorang kakitangan keluar. Saya pula diselubungi dengan pelbagai tanda tanya. Kenapa lama sangat? 


Tepat pada jam 8 malam, saya dipanggil masuk. Alhamdulillah Danny sudah sedar sepenuhnya. Terselamat dari diintubate. Syukur ke hadrat illahi anak saya selamat. Hebat! Tube itu untuk keluarkan baki darah yang masih ada.


Danny masih mamai, sibuk nak tarik tube atas kepala. Akhirnya tidur kepenatan. Jam 5 petang, baru tersedar. Nampak sangat-sangat dahaga sambil menjilat bibir. Saya beri minum air kosong dulu. Tengok tak muntah, barulah beri minum susu. 24 jam Danny berpuasa. 


Danny dimasukkan ke wad. Tak perlu pergi PICU. Masih drowsy, tidur saja dia. Saya pun masih berpakaian uniform. 4 shift kerja, kena duduk di cubicle dekat dengan misi for close monitoring. 

Jam 12.30 pagi, Danny kena buat CT Scan kali kedua selepas post op. Selepas setengah jam bagi sedation, masih tak tidur. Suka lawan mata. Selepas diberi second sedation, barulah Danny tidur. Then barulah buat CT Scan. CT Scan selesai. Berdebar saat menunggu laporan disiapkan. Terpaksa beri sedation sebab Danny tak nak tidur selepas diberi ubat tidur. 





Alhamdulullah CT Scan otak tiada masalah, tiada lagi pendarahan. Syukur alhamdulillah. 

Danny layan iPad dengan muka yang agak masam. Hari kedua, dah mula okay sikit. Mula bercakap-cakap. iPadnya tak tinggal, layan Upin Ipin. Dah mula tekan-tekan iPad itu, okaylah. 



Terima kasih bagi yang mendoakan Daniel. Syukur sangat-sangat. Terima kasih juga pada sesiapa yang sudi datang melawat Daniel semalam. 

Mata mula membengkak. Balutan jahitan pembedahan ditanggalkan pada hari kedua. Kesian Daniel, menangis menahan kesakitan. Mata menjadi semakin sepet. Ambil masa untuk pulih. Daniel dapat lebih kurang 43 jahitan. 







Gembira rasanya Danny dah ketawa. Cukuplah beberapa hari saya tidak melihat Danny segembira ini. Syukur ya Allah. Terima kasih di atas doa anda semua. Semoga Allah memberkati semua ya.