Filled Under:
Saya Tak Gila , Pulangkan Anak-anak Saya , Bekas Suami Kaki Pukul Dan Mak Yang Zalim !
Posted By:
aku hot
on 19:21:00
Hanya barang-barang serta baju-baju yang tak berbasuh ini sahaja harta yang ibu ada,
masih ada bau masam busuk anak-anak ibu belum mandi.
Ibu rindu anak-anak ibu ; Irsyad & Qalesya cry emoticon
14 December 2015.
8.05 malam.
Selepas keluar daripada Restoran Upin Ipin Bandar Tasik Permaisuri,
Bekas suami telah dapat berjumpa melepas rindu dengan kedua-dua anak.
( Sama seperti hari yang saya usahakan 10 December 2015 lepas untuk ketemukan anak-anak dengan ayah nya. )
Selepas usai suap anak-anak makan,
disangkakan bawa bersama-sama anak-anak pergi ke HUKM untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan kerana Irsyad selsema,
Qalesya selsema & batuk.
Rupa-rupanya satu perangkap.
Anak-anak saya di rampas.
Saya dibawa paksa nyaris-nyaris masuk ke bilik kalis bunyi.
Saya nyaris diberi suntikan,
sedangkan dari awal saya bertanya dengan baik & tenang,
apakah tujuan saya perlu diperlakukan sedemikian rupa,
sedangkan saya hanya demam selsema berjangkit dari anak-anak.
Hanya dengan izin Allah s.w.t. jua saya dapat meloloskan diri.
Dikepung sebegitu rupa serta dilipat lengan sehingga sakit lengan saya,
Tidak sesakit secebis hati ini yang terluka,
berjalan di tepi jalan,
di dalam hujan,
tanpa kasut kerna kasut sudah tercabut ketika bergelut.
Mohd Razif Bin Mohd Yusof, pulang kan anak-anak saya, Irsyad & Qalesya! cry emoticon
Seorang bekas suami yang kaki pukul yang telah banyak kali pukul saya sehingga pernah sampai keguguran,
Awak tidak layak untuk dapat hak penjagaan anak-anak saya.
Ja'ronah Binti Abd Halim, awak seorang mak yang zalim,
Aib di hadapan manusia tidak seaib dosa di hadapan hadrat Allah s.w.t. di akhirat kelak,
Siti Hamizah Binti Nasir,
awak hanya di Manchester, awak tak hadapi keganasan rumahtangga yang kakak alami.
Saya sihat, kenapa tuduh saya gila.
Saya tak reka cerita yang bahawasanya Razif pukul saya.
Sedangkan ada jiran-jiran yang dengar saya dipukul bekas suami dan saya menangis.
Keluarga awak pun ramai perempuan, Razif.
Saya tidak sakit, Allah s.w.t. kurniakan saya aqal fikiran yang waras.
Tidak sangka kesemua orang yang rapat disekeliling saya punya hati rohani haiwan, bukan hati insan yang bersih.
Doa saya satu sahaja ; " Mudah-mudahan Allah s.w.t. tunjukkan kebenaran"
Muhammad Aqil Irsyad.
Puteri Qalesya.
Ibu rindu kamu sayang.
Kasih sayang Allah s.w.t. serta kasih sayang ibu sentiasa bersama kalian berdua.