Filled Under:

Masha Allah ... ‘Tergamak Hati Ibu Buang Bayi Perempuan Yang Masih Bertali Pusat’



KUALA LUMPUR – Orang awam terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di tingkat 12, Putra Suria Residency, Jalan Jelawat 2, Cheras di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang itu, bayi tersebut dijumpai masih hidup dalam keadaan dibaluti dengan sehelai baju sejuk berwarna kelabu di atas lantai di kawasan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, bayi perempuan itu ditemui dengan hanya memakai lampin pakai buang selain turut bersamanya botol susu, tisu basah, susu tepung dan minyak angin yang dimasukkan di dalam sebuah beg plastik.


“Bayi tersebut berada dalam keadaan cukup sifat bersama tali pusat dan kini dilaporkan selamat. Polis juga telah memaklumkan kejadian itu


kepada pihak kebajikan untuk tindakan lanjut,


“Susulan kejadian tersebut, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, bayi itu kini dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Sumber : Kosmo