Filled Under:

Minta Duit Raya, Seorang Lelaki Di Gantung Kerja !





Dia Di Gantung Kerja Gara-Gara Minta Duit Raya. Mahkamah Agung telah mengantung jawatan seorang Ketua Pengadilan Negeri di Tembilahan, Riau di Sumatera kerana didapati meminta"duit raya" atau disebut sebagai Tunjangan Hari Raya (THR) daripada beberapa buah syarikat di daerah itu.
Ketua Pengadilan Negeri ialah setaraf majistret dan mengetuai mahkamah paling rendah dalam sistem kehakiman di Indonesia.
Media-media dalam talian tempatan memetik Ketua Biro Hukum dan Hubungan Masyarakat Mahkamah Agung, Ridwan Mansyur sebagai berkata, Ketua Pengadilan Negeri itu Erstanto Windiolelono dijatuhi hukuman gantung kerja sebagai tindakan disiplin segera dan satu tindakan lanjut akan diumumkan kemudian.
Katanya, pasukan siasatan mendapati Erstanto sememangnya melakukan perbuatan itu dan ia dianggap sebagai satu kesalahan berat serta melanggar kod etika kehakiman.
Perbuatan Erstanto yang menghantar surat rasmi kepada para peniaga setempat di Riau itu didedahkan oleh media-media tempatan baru-baru ini dan pihak Mahkamah Agung kemudiannya terus menghantar satu pasukan untuk membuat siasatan.
Ridwan berkata, selain daripada digantung jawatan, Erstanto juga tidak dibayar THR yang dibayar oleh kerajaan setiap tahun bersempena Aidilfitri.
Erstanto mengeluarkan surat rasmi yang bertandatangan dengan cap rasmi jabatan meminta duit raya daripada syarikat-syarikat perniagaan atas alasan untuk diagih-agihkan kepada kakitangannya.
Dua pegawainya termasuk timbalan beliau dikenakan tindakan tukar serta-merta ke wilayah lain.     – Bernama