1. Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air
Warna Pucat Jerami - Anda sihat ,kandungan air dalam badan mencukupi
Kuning Lutsinar - Anda Normal
Kuning Gelap - Normal ,tetapi anda perlu minum lebih lagi selepas ini.
Kuning Madu - Anda kekurangan air ,minum air sekarang
Berwarna Perang - Anda mungkin mengalami masalah hati (liver)
Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda makan bit ,blueberi ,atau klembak ?Jika ya ,ia normal...Jika tidak ,anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing ,buah pinggang atau hati...Segera berjumpa doktor...
Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang ,mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna .Ini tidak berbahaya ,walaubagaimanapun ,jumpa doktor sekiranya ianya berterusan...
Warna Ungu - Gurau je ,mana ada air kencing warna ungu hehehe
Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda...Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda...Segera berjumpa doktor
Sumber
Menurut laporan akhbar Harian Metro, Ramai di kalangan ibu sanggup mencipta pelbagai alasan kerana mahu bersalin di Hospital Putrajaya selain dari merebut peluang untuk mendapatkan angka 16 pada kad pengenalan yang menunjukkan tempat kelahiran di wilayah ini yang dianggap istimewa dan gah.
HPj dibanjiri oleh ibu hamil dari luar kawasan Putrajaya berbanding penduduknya sendiri.
Menurut Pengarah HPj, Datuk Nora'i Mohd Said berkata, secara puratanya, kira-kira 6,000 wanita melahirkan bayi di HPj setiap tahun dan 70% dari jumlah berkenaan adalah penduduk luar Putrajaya.
Bagaimanapun, pihak HPj tidak menolak sebarang pesakit sama ada dari dalam atau luar Putrajaya, namun bergantung kepada kekosongan dan kemudahan di HPj.
Perkara ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada penduduk Putrajaya yang seringkali merungut akan tiada kekosongan di Putrajaya menyebabkan mereka terpaksa bersalin di hospital yang lain.
Sumber
Penyanyi dan usahawan terkenal tempatan ini tersenarai sebagai wanita ke-3 terkaya di Malaysia dari sebuah laman sesawang tentang kewangan SAVE Money.
Wanita berusia 36 tahun ini memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.
Senarai tersebut merupakan laporan asal sebuah laman sesawang kewangan, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua sebagai wanita yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh.
Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979 memulakan kerjaya seninya seawal usia 16 tahun.
Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, beliau telah menghasilkan lebih 15 album studio yang mempunyai lagu dalam dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Jawa, Inggeris, Mandarin, Arab, Hindi dan Jepun.
Penyanyi juga penulis lagu bersuara emas ini pernah mendapat pengiktirafan sebanyak dua kali daripada Malaysia Book of Records (MBOR) kerana pencapaiannya di peringkat tempatan dan juga mengharumkan nama negara di persada muzik nusatara serta antarabangsa.
Pelantun lagu hits seperti Jerat Percintaan, Siti Situ Sana Sini, Bukan Cinta Biasa, Cindai, Aku Cinta Padamu, Seindah Biasa, Jaga Dia Untukku dan yang terkini, Terbaik Bagimu juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik sebanyak 37 anugerah, Anugerah Bintang Popular (23 anugerah), Anugerah Planet Muzik (26 anugerah), Anugerah Juara lagu (18 anugerah), 4 anugerah di Anugerah MTV Asia dan tiga anugerah di Anugerah Muzik Dunia.
Siti merupakan anak Malaysia kedua selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mengadakan konsert di pentas berprestij dunia iaitu Royal Albert Hall, London pada tahun 2005.
Sebagai seorang figura umum, Siti bukan saja mempunyai ramai peminat malah sangat dihormati serta keperibadiannya sentiasa contoh pada umum.
Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, selebriti ini juga bijak menangani gosip atau kontroversi setiap kali namanya dikaitkan dengan namanya.
Siti juga salah seorang artis tanah air yang mempunyai seramai 1.2 juta pengikut di laman Instagram.
Sumber
Hari ini pastinya peralatan seperti ini mungkin tidak lagi digunakan oleh manusia kerana pada abad ke-20 ini pelbagai alatan serta ubat kecantikan mula dikeluarkan tanpa menyeksa atau menyakitkan tubuh badan kita.
Jom kita lihat beberapa gambar lagi dibawah yang pastinya menyeramkan anda.
Sumber
PETALING JAYA: Pelawak Saiful Apek memberitahu terpaksa menolak tawaran untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) semata-mata untuk menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior di negara ini walaupun pertandingan itu menawarkan hadiah lumayan.
Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 46, berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan jika memasuki pertandingan tersebut.
"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?
Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu," ujarnya kepada mStar Online.
Saiful betkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelawak-pelawak senior yang seangkatan dengannya menyertai pertandingan tersebut sebagai salah satu peluang mengembalikan semula nama di arena komedi tanah air.
Malah dikatakan, kumpulannya Senario juga bakal bersaing untuk musim yang akan datang.
Dalam pada itu, Saiful berkata, dia tidak melihat pentas pertandingan MLM sebagai kayu pengukur kualiti seseorang pelawak.
Katanya, MLM hanya sebuah pentas pertandingan untuk stesen televisyen Astro sahaja dan bukan tontonan seluruh rakyat Malaysia.
"Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seorang pelawak bukan di pentas MLM sahaja kerana ia hanya di pentas Astro dan ia bukan di pentas Malaysia....
"Orang yang melanggan Astro sahaja yang kenal pelawak tersebut, sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka," ujarnya.
Sementara itu, mengulas tentang perbezaan artis komedi sekarang dan dahulu, Saiful mengakui pelawak kini lebih dimanjakan dengan kemewahan wang ringgit berbanding dahulu.
Bagaimanapun, keadaan itu juga membuatkan jangka hayat seseorang pelawak yang dicipta di pentas program realiti itu tidak panjang....
"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.
"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," ujarnya....
Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya kini, Saiful berkata, dia mengehadkan tawaran yang datang berikutan banyak meluangkan masa bersama keluarga...
Saiful juga memberitahu, dia kini giat melakukan kerja amal dengan memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah....
"Alhamdulillah, hidup saya kini lebih terurus dan memang saya mengehadkan aktiviti saya di televisyen. Tetapi saya banyak buat kerja-kerja di luar seperti jemputan di sekolah-sekolah....
"Mereka jemput saya supaya bagi ceramah tentang kehidupan dan kepentingan keluarga dari sudut pendidikan. Saya rasa puas melakukan perkara itu walaupun tidak dibayar," ujarnya....
Tambah Saiful, tiada apa lagi yang perlu dikejarkan dalam kehidupannya selain menghabiskan masa bersama keluarga dan masyarakat sekeliling....
SUMBER - mStar
Nak ambil gambar menggunakan kamera depan, janganlah sampai hilang harga diri, jangan hilang adab dalam diri....
Perlu lihat faktor yang membuatkan gambar itu lawa, bukan buat perangai muka hodoh waktu ambil gambar. Annoying sungguh....
Memalukan bila buat muka hodoh untuk selfie, sambil tu ada orang rakam gambar mereka anda sedang berselfie, macam kat bawah ni. ish ish....!!!!
Semasa bercinta, semuanya indah. Bila dah kahwin? Jom kita tengok WhatsApp peribadi yang sempat kami curi screenshot ini.'...
Terima kasih kepada Satrika.my atas perkongsian artikel santai di bawah:
1. Bila pasangan lapar
Semasa bercinta
selepas dah kahwin !
2. Bila pasangan tak sihat
Semasa bercinta
selepas dah kahwin !
3. Bila pasangan merajuk...
Semasa bercinta
selepas dah kahwin !
4. Bila pasangan lambat
Semasa bercinta
selepas dah kahwin !
SUMBER : http://www.harianblogger.com
Beliau adalah seorang pelajar di sebuah kolej di Hanoi, Vietnam....
Berdasarkan respon orang ramai, ramai yang beranggapan bahawa beliau sememangnya layak memegang watak Shizuka dalam sebuah filem pendek Doraemon dan ia telahpun ditayangkan beberapa bulan lalu di negara itu......
Gadis yang bernama Huyen ini bakal memegang watak sebagai Shizuka dalam versi dunia nyata !!!
Memetik sebuah perkongsian yang di muat naik di laman blog ini berkata, Huyen dinilai sangat sesuai memegang watak kartun Shizuka kerana wajahnya yang persis kelihatan seperti watak animasi tersebut. Ditambah pula gayanya yang humor, sopan dan lemah -lembut....
Bagaimana pula dengan wajah Nobita dalam dunia sebenar????....